Kelas Powerpoint (Biodata Saya)
9 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan Kelas Powerpoint iaitu dengan membuat ‘Biodata Saya’ di Pusat Internet Kg Taee. Kelas yang dijalankan selama 3 jam ini mengajar pelajar cara yang betul mengisi butiran di dalam Slide Powerpoint, menambah gambar dan pembentangan oleh kesemua pelajar. Seramai 13 orang pelajar yang mengikuti kelas ini terdiri dari pelajar SK St John Taee.
Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar pelajar menggunakan Powerpoint dengan mudah menggunakan cara yang betul. Para pelajar didedahkan dengan cara - cara menukar background slide, menukar font untuk isi didalam slide mereka, menambah gambar di dalam slide, membuat smart chart dan akhir sekali membuat pembentangan tentang slide mereka. Mengajar pelajar supaya lebih biasa untuk menggunakan Microsoft Powerpoint dan akan memudahkan mereka dengan urusan pengkomputeran masa hadapan. Mendedahkan pelajar supaya lebih menonjol dan petah bercakap apabila melakukan pembentangan hasil kerja mereka.
Kebaikan dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui kelas ini ialah para pelajar akan belajar cara yang betul menggunakan Microsoft Powerpoint. Kelas yang diadakan di Pusat Internet adalah percuma tanpa kenakan apa - apa bayaran. Pelajar boleh memanfaatkan pembelajaran kelas ICT ini untuk kemudahan mereka kemudian hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: